ChatGPT o3 Mini, AI untuk STEMΒ
Sabtu, 31 Januari 2025, 6.44 a.m.
OpenAI baru sahaja memperkenalkan o3-mini dan o3-mini High untuk pengguna Pro dan Teams (subscribed version), dua model AI yang dioptimumkan untuk STEM reasoning dan penyelesaian masalah yang kompleks. Tapi jangan pula keliru dengan model 4o sekarang, yang lebih umum dan juga berkemampuan untuk menjalankan pelbagai tugas umum.
Untuk pengguna free version users pula, ditawarkan dengan naiktaraf 'Reason' dalam ruangan Message Composer berfungsi untuk memastikan mesej lebih jelas, logik, dan tersusun. Ia membantu membetulkan kesilapan, mengelakkan ayat berulang, memperbaiki nada, serta menjadikan mesej lebih mudah difahami dan meyakinkan.
Namun jika dibandingkan dengan model 4o, kesimpulannya adalah :
β
Pilih o3-mini High jika:
Fokus utama anda adalah sains, matematik, pengaturcaraan, atau tugas teknikal yang memerlukan analisis mendalam dan kecekapan tinggi.
Anda tidak memerlukan AI yang menyokong suara dan imej, tetapi hanya mahu penyelesaian teknikal yang mantap dan pantas.
π Pilih GPT-4o jika:
Anda mahukan AI paling canggih dengan pemahaman lebih luas dan fleksibel dalam pelbagai bidang.
Anda memerlukan keupayaan multi-modality (teks, suara, imej) untuk tugas generatif atau automasi lanjutan.
Anda mahukan pemikiran lebih kompleks dan penaakulan merentas disiplin seperti pemodelan saintifik, AI generatif, atau analisis multi-dimensi.
Google : "Ask For Me"
Sabtu, 31 Januari 2025, 5.04 a.m.
Google telah memperkenalkan ciri baharu yang dikenali sebagai "Ask for Me," yang menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk membuat panggilan telefon kepada perniagaan tempatan bagi pihak pengguna. Ciri ini bertujuan untuk memudahkan proses mendapatkan maklumat seperti waktu operasi kedai, ketersediaan produk, atau membuat tempahan. Pada Januari, ciri ini tersedia untuk sekumpulan pengguna terpilih, dengan rancangan untuk diperluaskan kepada lebih ramai pengguna pada masa akan datang.
"Ask for Me" merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Google untuk mengintegrasikan AI ke dalam aplikasi harian, menawarkan bantuan praktikal kepada pengguna. Dengan menggunakan teknologi pengenalan pertuturan dan pemprosesan bahasa semula jadi yang canggih, ciri ini dapat mentafsir permintaan pengguna, membuat pertanyaan yang relevan, dan menyampaikan maklumat dengan tepat. Ciri ini berpotensi mengubah cara pengguna berinteraksi dengan perniagaan dengan mengurangkan keperluan untuk membuat panggilan telefon secara langsung, terutamanya untuk pertanyaan rutin.
Qwen AI, the latest hype!
Khamis, 30 Januari 2025, 8.03 a.m.
Selepas munculnya Deepseek, muncul pula satu lagi pesaing AI dari China, dibina oleh Alibaba. Jika dilihat pada bacaan graf di bawah, ia cukup untuk menjadi pesaing kepada 'abang-abang AI' yang lain dengan kebolehan multimodal dan kemampuan menghasilkan imej, memproses audio, menghasilkan video (mungkin masih dalam percubaan) dan lain-lain.
Namun, Qwen sendiri akui buat masa kini Qwen hanya mampu menjadi pesaing kerana kelebihan multilanguage dan lain-lain masih dimenangi oleh ChatGPT.
Saya dah mencubanya dan personally, its very good. Enough untuk pengguna biasa dan of course, ianya open-source dan percuma. Sign up dan terus boleh digunakan.
InsyaAllah, dalam beberapa post akan datang saya akan buat perkongsian untuk 'membedah' penggunaan Qwen AI kepada semua. Make sure to follow ya!
#AIforEducation #AIforeducators #EduTech
YuE AI, pesaing Suno AI?
Selasa, 28 Januari 2025, 8.03 p.m.
Pesaing Suno AI dari China, YuE, dibaca dengan βyeaβ. Namun masih belum dilancarkan untuk kegunaan umum. Mungkin saja menjadi hype seterusnya selepas Suno?
Antara keypoints kelebihan YuE AI ialah :
Mampu hasilkan lagu penuh berdurasi sehingga 5 minit
Cipta persembahan vokal yang realistik dengan masa, nada, dan ekspresi emosi yang tepat.
Jana iringan instrumental yang sepadan secara automatik dan melengkapi melodi vokal.
Model AI canggih yang memahami konteks lirik dan mencipta komposisi muzik yang sesuai secara musikal.
Teknik dwitoken inovatif untuk penjanaan vokal dan instrumental yang diselaraskan.
Pengekod audio yang dipertingkatkan secara semantik untuk penjanaan bunyi yang cekap dan berkualiti tinggi.
Apa pun, saya daftar siap account, tunggu launching saja nanti terus nak cuba. Tashabar!
Cuba di sini : https://yueai.ai
#AIforEducation #AIforeducators #EduTech
Deepseek VS ChatGPT
Khamis, 23 Januari 2025, 12.43 p.m.
Dah tengah hot sekarang ni penggunaan Deepseek. So jom tengok sikit apa bezanya dengan ChatGPT. Posting agak panjang, boleh terus skip ke kesimpulan di bawah. Baca penuh di sini
Kesimpulan
π΅ ππππ©π¬πππ€ ππ : Terbaik untuk reasoning teknikal seperti matematik, pengaturcaraan, dan masalah yang memerlukan pemikiran logik bertahap.
π’ ππ‘πππππ π¨π: Lebih baik dalam reasoning bahasa, boleh hasilkan imej, lakukan tugas kreatif, dan masalah terbuka yang memerlukan fleksibiliti serta pemahaman mendalam.
Pautan kepada Deepseek : https://www.deepseek.com
#AIforEducation #AIforeducators #EduTech