Sistem QR Pengurusan SSDM ini telah dibentangkan di Karnival Transformasi Pendidikan Madani, juga salah satu daripada wakil negeri Pulau Pinang yang dipertandingkan. Sistem ini diperkenalkan di Sekolah Kebangsaan Pokok Tampang untuk memupuk kemenjadian murid dan mencapai 100% Sahsiah Terpuji menjelang Disember 2024. Ini bertepatan dengan kehendak Teras Utama KPM : Karamah Insaniah dan juga Kurikulum 2027 untuk melahirkan murid yang beradab dan bertanggungjawab. Sehingga kini, jumlah tertinggi yang direkodkan oleh murid SK Pokok Tampang ialah 416 amalan baik direkodkan.
Pencapaian : Silver Award (Kebangsaan)
Mendapat Gold Award di pembentangan inovasi peringkat daerah
QuillScriptus telah dibentangkan dalam pertandingan inovasi PESINPRO 2024 peringkat negeri Pulau Pinang. Inovasi ini diperkenalkan di Sekolah Kebangsaan Pokok Tampang untuk meningkatkan kemahiran menulis dalam kalangan murid Tahun 6, khususnya dalam struktur ayat. Melalui penggunaan teknologi AI, QuillScriptus memberi maklum balas segera dan peribadi kepada murid, membantu mereka menguasai penulisan dengan lebih baik. Berdasarkan hasil dapatan, penggunaan QuillScriptus telah menunjukkan peningkatan signifikan dalam pencapaian penulisan murid, dengan purata peningkatan sebanyak 2.7 mata dalam ujian pasca. Inisiatif ini selaras dengan Teras Utama Dasar Pendidikan Digital Malaysia, iaitu Murid Fasih Digital, serta menyokong usaha KPM ke arah memacu transformasi pendidikan abad ke-21.
Pencapaian : Silver Award (Kebangsaan)
PluralBlast ialah sebuah permainan interaktif yang bertujuan untuk meningkatkan penguasaan tatabahasa bahasa Inggeris, khususnya dalam mengenal pasti bentuk jamak bagi kata nama. Permainan ini direka khas untuk murid Tahun 3 dan Tahun 4 bagi menjadikan pembelajaran grammar lebih menyeronokkan dan berkesan. Dalam PluralBlast, pemain mengawal kapal angkasa untuk menembak asteroid yang memaparkan jawapan jamak yang betul, sambil mengelakkan jawapan yang salah.
Inovasi ini menggabungkan elemen gamifikasi dalam pembelajaran untuk meningkatkan motivasi murid, memberikan maklum balas segera, dan membolehkan pengajaran disesuaikan mengikut keperluan pembelajaran. PluralBlast berpotensi digunakan oleh guru sebagai alat bantu mengajar dalam bilik darjah, atau untuk pembelajaran kendiri di rumah. Dengan grafik yang menarik, sistem pemarkahan, dan keupayaan untuk diubah suai, permainan ini memberikan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan sambil meningkatkan penguasaan grammar murid.
Pencapaian : Silver Award (Kebangsaan)
VerbQuest: The Irregular Adventure adalah sebuah inovasi pembelajaran digital yang direka untuk membantu murid-murid Tahun 4 hingga Tahun 6 menguasai kata kerja tak beraturan dalam Bahasa Inggeris. Melalui pendekatan permainan interaktif, murid akan menembak asteroid yang memaparkan bentuk kata kerja lampau yang betul berdasarkan kata kerja semasa yang diberikan. Permainan ini bukan sahaja menggalakkan penguasaan tatabahasa melalui pembelajaran aktif, tetapi juga memupuk motivasi murid untuk belajar secara kendiri dalam suasana yang menyeronokkan. Ia sejajar dengan agenda pendidikan abad ke-21 yang menekankan pemikiran kritis, kreativiti, dan literasi digital. Dengan rekod pencapaian yang positif, VerbQuest berpotensi untuk dikembangkan kepada topik lain dalam kurikulum dan memberi impak yang lebih luas kepada ekosistem pembelajaran murid.
Pencapaian : Bronze Award (Antarabangsa) & Bronze Award (Kebangsaan)
SETAMPAN berasal dari perkataan SK Pokok Tampang ialah sebuah aplikasi yang saya bangunkan berasaskan appsheet bertujuan untuk mendigitalkan pentadbiran dan juga akses kepada data-data berkaitan unit Kurikulum, HEM dan juga Kokurikulum. Ianya boleh diubahsuai pada bila-bila masa mengikut kehendak para pentadbir dan keperluan semasa.
Inovasi ini telah dirasmikan pada ulangtahun pertama SK Pokok Tampang oleh Tuan Haji Zainuddin Bin Abdul, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sektor Pembelajaran (PPD SPU).
Penggunaan : Sekolah
Hub Data SK Pokok Tampang memberikan impak besar dalam pengurusan data melalui penyimpanan digital yang sistematik dan bertumpu. Platform ini memastikan semua data penting sekolah disimpan secara terpusat, menjadikan akses kepada maklumat lebih pantas dan mudah.
Dengan penyimpanan digital, risiko kehilangan atau kerosakan dokumen fizikal dapat dielakkan, selain memudahkan carian serta analisis data untuk perancangan dan pelaporan. Sistem ini juga meningkatkan kecekapan pentadbiran sekolah, kerana maklumat yang relevan boleh diperoleh dalam satu platform tanpa perlu bergantung kepada rekod manual yang memakan masa.
Secara keseluruhan, hub data ini menyokong transformasi SK Pokok Tampang ke arah menjadi sekolah yang lebih cekap dan berdaya saing melalui pengurusan data yang moden dan teratur.
SKPT i-DELIMa Finder Bot di Telegram yang dibangunkan oleh saya adalah inovasi digital untuk memudahkan akses ID DELIMa murid SK Pokok Tampang. Bot ini direka untuk mencari maklumat ID DELIMa dan kata laluan dengan pantas hanya melalui nombor IC murid, menjimatkan masa dan usaha guru serta murid.
Antara ciri utama bot ini ialah:
Mudah Akses ke ID DELIMa: Pengguna hanya perlu memasukkan nombor IC murid untuk mendapatkan ID DELIMa, kelas, dan maklumat penting lain, tanpa perlu melalui proses manual yang panjang.
Pintasan ke Portal DELIMa: Bot ini menyediakan pautan langsung ke portal DELIMa, memudahkan murid dan guru untuk mengakses platform pendidikan dalam talian KPM dengan lebih efisien.
Keselamatan Data Peribadi: Dibangunkan dengan keutamaan kepada perlindungan data murid, bot ini memastikan maklumat peribadi hanya dapat diakses oleh pengguna yang diberikan kebenaran, menjaga privasi murid dengan rapi.
Inovasi ini bukan sahaja meningkatkan keberkesanan pengurusan data pendidikan tetapi juga menyokong usaha ke arah digitalisasi sekolah dengan selamat dan efisyen.